Sunday 9 July 2023

KARNIVAL JUALAN HARI KANTIN SJK (C) AKS 2023

KARNIVAL JUALAN HARI KANTIN SJK (C) AKS 2023

Karnival jualan hari kantin SJK (C) AKS 2023 telah diadakan pada 09.06.2023 iaitu hari Jumaat bermula jam 8.00pagi hingga 12.35 tengahari. Program ini adalah anjuran JK PIBG 2023/2024 yang bertujuan untuk mengumpul dana PIBG bagi menampung perbelanjaan aktiviti pelajar bagi mencapai kecemerlangan di bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di samping membina & mengukuhkan hubungan antara PIBG, pihak sekolah & ibu bapa serta mewujudkan keharmonian, keselesaan juga berprasangka baik antara PIBG, ibu bapa dan guru SJK (C) AKS. Antara aktiviti yang diadakan ialah jualan beraneka makanan, minuman dan barangan, permainan kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan dan pameran Jab. Bomba.

Kelas prasekolah berjaya mendapat tempat pertama dalam jualan makanan. Tahniah!




No comments:

Post a Comment