Thursday 8 November 2012

HARI Q PRASEKOLAH SJK (C) AIR KUNING SELATAN

Hari Q Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 07 November 2012. Seramai 7 orang kanak-kanak prasekolah yang akan ke Tahun 1 pada tahun 2013.












Saturday 27 October 2012

HARI SUKAN 12'

Hari Sukan SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 21 Oktober 2012. Kanak-kanak prasekolah turut serta dalam sukan tersebut. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat mempelajari semangat kesukanan melalui sukan tahunan ini.











HARI KANAK-KANAK 12'

Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 19 Oktober 2012. Kanak-kanak prasekolah turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.





Saturday 29 September 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 12'


Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada 26 September 2012. Kami telah melawat ke kilang coklat Beryl’s, Istana Negara dan ‘KL Bird Park’.  Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah dilawat.
 
 

Wednesday 19 September 2012

PERTANDINGAN MELAFAZ PANTUN-BM 12'


Pada 19 September 2012, satu pertandingan melafaz pantun Bahasa Malaysia yang bertujuan untuk mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi. kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat membina keyakinan diri ketika melafazkan pantun, membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid-murid prasekolah serta menunjukkan prestasi penguasaan Bahasa Malaysia melalui berpantun.
 

Tempat pertama dimenangi oleh Lam Pui Ying.
 
 
Tempat kedua dimenangi oleh Lim Zong Fook.
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Fong Zee Yen.

Tuesday 18 September 2012

PERTANDINGAN MELAFAZ PANTUN - BAHASA CINA 12'


Pada 18 September 2012, satu pertandingan melafaz pantun Bahasa Cina yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid di samping meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  
 
Tempat pertama dimenangi oleh Lam Pui Ying.
 
Tempat kedua dimenangi oleh Fong Zee Yen.
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Lam Xin Yee.

Friday 7 September 2012

NURSERY RHYMES RECITATION COMPETITION 12'


A nursery rhymes recitation contest organised by Preschool SJK (C) Air Kuning Selatan on 07 September 2012. The competition provides a platform to the little one to showcase their elocution skills. The winners were selected based on their diction, confidence, gestures, fluency and voice modulation.


Fong Zee Yen won the 1st prize.


The 2nd prize won by Lim Zong Fook.
 
 
Chan Si Ying won the 3rd prize.

Thursday 30 August 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 12'

SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan suatu sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2012. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut menyertai program tersebut.




 
 
 

Wednesday 8 August 2012

PERTANDINGAN MENYANYI 12'


Pada 8 Ogos 2012, satu pertandingan menyanyi yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan pertandingan ini dapat membina sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.

Tempat pertama dimenangi oleh Lam Xin Yee.



Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook.

Tempat ketiga dimenangi oleh Chong Min Hui.

Wednesday 1 August 2012

PERTANDINGAN KIRA CEPAT 12'


Pada 1 Ogos 2012, satu pertandingan kira cepat yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik, menyusun nombor mengikut urutan, mengetahui konsep dan nilai nombor 1-50 serta menguasai operasi tambah dan tolak melalui pertandingan ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Mun Tian sementara tempat ketiga dimenangi oleh Lim Zong Fook.

Friday 13 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Pada 10 Julai 2012, program senamrobik serentak 1 murid 1 sukan 1 Malaysia telah dijalankan di SJK (C) Air Kuning Selatan. Murid-murid prasekolah turut serta dalam program tersebut. Kanak-kanak prasekolah begitu bersemangat dan gembira di sepanjang perlaksanaan program ini.








Thursday 12 July 2012

PERTANDINGAN MEWARNA


Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 11 Julai 2012. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook dan tempat ketiga dimenangi oleh Fong Zee Yen.




Saturday 16 June 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR

Pada 13 Jun 2012, suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga Jun telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.



Tuesday 29 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU

Tanggal16 Mei merupakan Hari Guru Kebangsaan. SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012. Murid-murid prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan turut serta dalam aktiviti tersebut.




Wednesday 2 May 2012

CERAMAH GIGI DARI KLINIK PERGIGIAN AIR KUNING SELATAN

Suatu ceramah gigi telah dijalankan oleh Klinik Pergigian Air Kuning Selatan pada 27 April 2012 di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Kanak-kanak telah didedahkan tentang akibat pengambilan gula-gula yang banyak dan diajar cara-cara menggosok gigi yang betul.