Sunday 27 October 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK '13

SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Kanak-kanak pada 18 Oktober 2013. Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan menanti-nantikan sambutan Hari Kanak-kanak tahunan ini.










Thursday 10 October 2013

PERTANDINGAN MARILAH BERPANTUN (BAHASA MALAYSIA) '13


Pada 17 September 2013, satu pertandingan Marilah Berpantun Bahasa Malaysia yang bertujuan untuk mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi. kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat membina keyakinan diri ketika melafazkan pantun, membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid-murid prasekolah serta menunjukkan prestasi penguasaan Bahasa Malaysia melalui berpantun.


                                Tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Nur Ikhwan.


                                           Tempat kedua dimenangi oleh Tan Yee Yee.


                                         Tempat ketiga dimenangi oleh Lim Mun Tian.

NURSERY RHYMES RECITATION CONTEST '13


A nursery rhymes recitation contest organised by Preschool SJK (C) Air Kuning Selatan on 10 September 2013. The competition provides a platform to the little one to showcase their elocution skills. The winners were selected based on their diction, confidence, gestures, fluency and voice modulation.
 
                                               Leong Lee Yao won the 1st prize.
 
                                             The 2nd prize won by Tan Zhi Xuan.
                                                Tan Jing Pei won the 3rd prize.

 
 

PERTANDINGAN MARILAH BERPANTUN BAHASA CINA '13


Pada 03 September 2013, satu pertandingan Marilah Berpantun Bahasa Cina yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid di samping meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. 
 
                                Tempat pertama dimenangi oleh Leong Lee Yao.




                                     Tempat kedua dimenangi oleh Tan Yee Yee.


 
                                            Tempat ketiga  dimenangi oleh Chan Si Ying.

Monday 23 September 2013

HARI SUKAN 13'

Hari Sukan SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 22 September 2013. Kanak-kanak prasekolah turut serta dalam sukan tersebut. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat mempelajari semangat kesukanan melalui sukan tahunan ini.
 
 





 

Sunday 22 September 2013

PERTANDINGAN PINTAR EJA PRASEKOLAH 13'

Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah menghantar dua orang wakil iaitu Lim Mun Tian dan Lau Jenn Fu ke Pertandingan Pintar Eja anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tampin pada 19 September 2013 yang bertempat di SK Sungai Kelamah.
 
 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT SEREMBAN DAN KLCC AQUARIA 13'

Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Yakult Seremban dan KLCC Aquaria pada 13 September 2013. Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah dilawat.


 
 
 

Saturday 31 August 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 13'


SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2013. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut serta dalam program tersebut.
 


 

PERTANDINGAN MEWARNA 13'

Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 10 Julai 2013. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Lau Jenn Fu. Tempat kedua pula dimenangi oleh Low Wai Xuen dan tempat ketiga dimenangi oleh Tan Yee Yee.



Saturday 29 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013'

Tanggal16 Mei merupakan Hari Guru Kebangsaan. SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2013. Murid-murid prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan turut serta dalam aktiviti tersebut.



 
 



PERTANDINGAN TULISAN CANTIK PRASEKOLAH 2013


Suatu pertandingan tulisan cantik yang berobjektif untuk meningkatkan penguasai kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan telah dijalankan pada 12 Jun 2013. Kanak-kanak dapat memegang alat tulis dengan cara yang betul dan menulis huruf supaya menjadi suku kata dan perkataan, menulis perkataan, rangkai kata dan ayat bermakna. Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua dimenangi oleh Tan Yee Yee. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Low Wai Xuen.
 
 

Wednesday 1 May 2013

MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2012

24 April 2013 (Rabu) merupakan Majlis Anugerah Kualiti 2012 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Seri Shaziman Bin Haji Abu Mansor DGSM, DSNS, JP Menteri Kerja Raya yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas. Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan berasa bangga dan bersyukur kerana menerima 4 anugerah iaitu anugerah Prasekolah 5 Bintang, Guru Prasekolah Cemerlang, Pembantu Pengurus Murid Cemerlang dan Prasekolah Terbilang.



 
 
 
 
 
 
 

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN PUBLIC BANK CAWANGAN GEMAS

Public Bank cawangan Gemas telah menganjurkan pertandingan mewarna di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan pada 18 April 2013 (Khamis).
 
Kanak-kanak Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan berasa gembira dan seronok di sepanjang perlaksanaan pertandingan mewarna ini.
 
 



 
 
 
 

Tuesday 26 March 2013

PERTANDINGAN PUZZLE '13

Suatu pertandingan puzzle yang berobjektif untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak telah dijalankan pada 20 Mac 2013. Diharapkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membandingbeza dan berfikir secara logikal pada akhir pertandingan ini.

 
 
Tempat pertama dimenangi oleh Joe Tan Nim Joe.
 
Tempat kedua dimenangi oleh Chong Min Xuan.
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Lam Xin Er.
 

Monday 4 March 2013

SAMBUTAN HARI LAHIR '13

Pada 28 Februari 2013, suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.