Saturday 31 August 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 13'


SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2013. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut serta dalam program tersebut.
 


 

PERTANDINGAN MEWARNA 13'

Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 10 Julai 2013. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Lau Jenn Fu. Tempat kedua pula dimenangi oleh Low Wai Xuen dan tempat ketiga dimenangi oleh Tan Yee Yee.