Thursday 28 August 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN '14


Pada 29 Ogos 2014, semua warga SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Kemerdekaan di sekolah. Murid-murid prasekolah turut serta dalam program tersebut. Kanak-kanak prasekolah begitu bersemangat dan gembira di sepanjang perlaksanaan program ini.
 



 
 
 
 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 14'


Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Titi Eco Farm pada 27 Ogos 2014. Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah dilawat.

SAMBUTAN HARI LAHIR THANG FU WEI

Pada 21 Julai 2014, salah seorang ibubapa murid prasekolah iaitu Puan Khoo Yeat Leen telah menyambut Hari Lahir bagi anak lelakinya yang bernama Thang Fu Wei di Prasekolah SJKC Air Kuning Selatan. Suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi Fu Wei telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
 
 


 

 

PERTANDINGAN MENGEJA '14


Suatu pertandingan mengeja yang berobjektif untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid prasekolah telah dijalankan pada 20 ogos 2014. Tempat pertama dimenangi oleh Tan Jing Pei. Tempat kedua dimenangi oleh Auh Yong Jia Wen. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Thang Fu Wei.

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK '14

Suatu pertandingan tulisan cantik yang berobjektif untuk meningkatkan penguasai kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan telah dijalankan pada 18 Jun 2014. Kanak-kanak dapat memegang alat tulis dengan cara yang betul dan menulis huruf supaya menjadi suku kata dan perkataan, menulis perkataan, rangkai kata dan ayat bermakna. Tempat pertama dimenangi oleh Tan Jing Pei. Tempat kedua dimenangi oleh Chong Min Xuan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Tan Zhi Xuan.

PERTANDINGAN MEWARNA '14


Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 09 Julai 2014. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas.

 
Tempat pertama dimenangi oleh Chong Min Xuan.
 
 


Tempat kedua pula dimenangi oleh Carmen Auh Yong Jia Wen.
 
 
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Wong Jia Ying.

SAMBUTAN HARI LAHIR JIA MOON '14

Pada 26 Mei 2014, salah seorang ibubapa murid prasekolah iaitu Puan Leong Kim Lin telah menyambut Hari Lahir bagi anak perempuannya yang bernama Lim Jia Moon di Prasekolah SJKC Air Kuning Selatan. Suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi Jia Moon telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
 
 
 
 
 
 
 
 

PERTANDINGAN MENYANYI '14


Pada 13 Ogos 2014, satu pertandingan menyanyi yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan pertandingan ini dapat membina sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.



Tempat pertama dimenangi oleh Marcus Chie Wee Yian.



Tempat kedua pula dimenangi oleh Wong Zi Hen.


 
Tempat ketiga dimenangi oleh Tan Jing Pei.