Tuesday 11 March 2014

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA '14

SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 29 Januari 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan kaligrafi, pertandingan melafaz kata-kata baik sempena perayaan Tahun Baru Cina dan pertandingan mewarna. Murid-murid prasekolah turut menyertai pertandingan-pertandingan tersebut bersama-sama dengan murid-murid kelas perdana. Murid-murid prasekolah kelihatan seronok dan memberi kerjasama yang sepenuhnya ketika aktiviti-aktiviti dijalankan.

















 

No comments:

Post a Comment