Saturday 31 August 2013

PERTANDINGAN MEWARNA 13'

Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 10 Julai 2013. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Lau Jenn Fu. Tempat kedua pula dimenangi oleh Low Wai Xuen dan tempat ketiga dimenangi oleh Tan Yee Yee.



No comments:

Post a Comment