Thursday 12 July 2012

PERTANDINGAN MEWARNA


Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 11 Julai 2012. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook dan tempat ketiga dimenangi oleh Fong Zee Yen.




No comments:

Post a Comment