Friday 20 January 2012

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 20 Januari 2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan kaligrafi, pertandingan menari, pertandingan melafaz kata-kata baik sempena perayaan Tahun Baru Cina dan pertandingan mewarna. Murid-murid prasekolah turut menyertai pertandingan-pertandingan tersebut bersama-sama dengan murid-murid kelas perdana. Murid-murid prasekolah kelihatan seronok dan memberi kerjasama yang sepenuhnya ketika aktiviti-aktiviti dijalankan.






No comments:

Post a Comment