Saturday, 29 September 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 12'


Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada 26 September 2012. Kami telah melawat ke kilang coklat Beryl’s, Istana Negara dan ‘KL Bird Park’.  Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah dilawat.
 
 

Wednesday, 19 September 2012

PERTANDINGAN MELAFAZ PANTUN-BM 12'


Pada 19 September 2012, satu pertandingan melafaz pantun Bahasa Malaysia yang bertujuan untuk mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi. kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat membina keyakinan diri ketika melafazkan pantun, membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid-murid prasekolah serta menunjukkan prestasi penguasaan Bahasa Malaysia melalui berpantun.
 

Tempat pertama dimenangi oleh Lam Pui Ying.
 
 
Tempat kedua dimenangi oleh Lim Zong Fook.
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Fong Zee Yen.

Tuesday, 18 September 2012

PERTANDINGAN MELAFAZ PANTUN - BAHASA CINA 12'


Pada 18 September 2012, satu pertandingan melafaz pantun Bahasa Cina yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid di samping meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  
 
Tempat pertama dimenangi oleh Lam Pui Ying.
 
Tempat kedua dimenangi oleh Fong Zee Yen.
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Lam Xin Yee.

Friday, 7 September 2012

NURSERY RHYMES RECITATION COMPETITION 12'


A nursery rhymes recitation contest organised by Preschool SJK (C) Air Kuning Selatan on 07 September 2012. The competition provides a platform to the little one to showcase their elocution skills. The winners were selected based on their diction, confidence, gestures, fluency and voice modulation.


Fong Zee Yen won the 1st prize.


The 2nd prize won by Lim Zong Fook.
 
 
Chan Si Ying won the 3rd prize.

Thursday, 30 August 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 12'

SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan suatu sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2012. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut menyertai program tersebut.




 
 
 

Wednesday, 8 August 2012

PERTANDINGAN MENYANYI 12'


Pada 8 Ogos 2012, satu pertandingan menyanyi yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan pertandingan ini dapat membina sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.

Tempat pertama dimenangi oleh Lam Xin Yee.



Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook.

Tempat ketiga dimenangi oleh Chong Min Hui.

Wednesday, 1 August 2012

PERTANDINGAN KIRA CEPAT 12'


Pada 1 Ogos 2012, satu pertandingan kira cepat yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik, menyusun nombor mengikut urutan, mengetahui konsep dan nilai nombor 1-50 serta menguasai operasi tambah dan tolak melalui pertandingan ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Mun Tian sementara tempat ketiga dimenangi oleh Lim Zong Fook.