Pada 8 Ogos 2012, satu pertandingan menyanyi
yang bertujuan untuk mencungkil
bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Diharapkan pertandingan ini dapat membina
sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping
mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang
kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.
Tempat
pertama dimenangi oleh Lam Xin Yee.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook.
Tempat ketiga dimenangi oleh Chong Min Hui.
No comments:
Post a Comment