Hari Sukan SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 21 Oktober 2012. Kanak-kanak prasekolah turut serta dalam sukan tersebut. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat mempelajari semangat kesukanan melalui sukan tahunan ini.
Saturday, 27 October 2012
HARI KANAK-KANAK 12'
Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 19 Oktober 2012. Kanak-kanak prasekolah turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Saturday, 29 September 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 12'
Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada 26 September 2012. Kami
telah melawat ke kilang coklat Beryl’s, Istana Negara dan ‘KL Bird Park’. Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan
mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah
dilawat.
Wednesday, 19 September 2012
PERTANDINGAN MELAFAZ PANTUN-BM 12'
Pada 19 September 2012, satu pertandingan
melafaz pantun Bahasa Malaysia yang bertujuan untuk mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan
potensi. kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Diharapkan kanak-kanak prasekolah
dapat membina
keyakinan diri ketika melafazkan pantun, membentuk kemahiran berkomunikasi di
kalangan murid-murid prasekolah serta menunjukkan prestasi penguasaan Bahasa
Malaysia melalui berpantun.
Tempat pertama dimenangi oleh Lam Pui
Ying.
Tuesday, 18 September 2012
PERTANDINGAN MELAFAZ PANTUN - BAHASA CINA 12'
Pada 18 September 2012, satu pertandingan
melafaz pantun Bahasa Cina yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid di samping
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak prasekolah telah
dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.
Friday, 7 September 2012
NURSERY RHYMES RECITATION COMPETITION 12'
A nursery rhymes recitation contest organised
by Preschool SJK (C) Air Kuning Selatan on 07 September 2012. The competition
provides a platform to the little one to showcase their elocution skills. The
winners were selected based on their diction, confidence, gestures, fluency and
voice modulation.
Fong Zee Yen won the 1st prize.
The
2nd prize won by Lim Zong Fook.
Chan Si Ying won the 3rd prize.
Thursday, 30 August 2012
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 12'
SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan suatu sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2012. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut menyertai program tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
