Suatu pertandingan mengeja yang berobjektif untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia, Bahasa Cina
dan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid prasekolah telah
dijalankan pada 20 ogos 2014. Tempat
pertama dimenangi oleh Tan Jing Pei. Tempat kedua dimenangi oleh Auh Yong Jia
Wen. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Thang Fu Wei.
Thursday, 28 August 2014
PERTANDINGAN TULISAN CANTIK '14
Suatu pertandingan
tulisan cantik yang berobjektif untuk meningkatkan penguasai kemahiran motor halus dan koordinasi
mata tangan telah dijalankan pada 18
Jun 2014. Kanak-kanak
dapat memegang alat tulis dengan cara yang betul dan menulis huruf supaya
menjadi suku kata dan perkataan, menulis perkataan, rangkai kata dan ayat
bermakna. Tempat pertama dimenangi oleh Tan Jing Pei. Tempat
kedua dimenangi oleh Chong Min Xuan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Tan Zhi
Xuan.
PERTANDINGAN MEWARNA '14
Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang
mewarna telah
dijalankan pada 09 Julai 2014.
Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping
mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya
kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain
daripada membina minda yang cergas dan cerdas.
Tempat
pertama dimenangi oleh Chong Min Xuan.
Tempat
kedua pula dimenangi oleh Carmen Auh Yong Jia Wen.
Tempat
ketiga dimenangi oleh Wong Jia Ying.
SAMBUTAN HARI LAHIR JIA MOON '14
Pada 26 Mei 2014, salah seorang ibubapa murid prasekolah iaitu Puan Leong Kim Lin telah menyambut Hari Lahir bagi anak perempuannya yang bernama Lim Jia Moon di Prasekolah SJKC Air Kuning Selatan. Suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi Jia Moon telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
PERTANDINGAN MENYANYI '14
Pada 13 Ogos 2014, satu pertandingan menyanyi
yang bertujuan untuk mencungkil
bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Diharapkan pertandingan ini dapat membina
sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping
mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang
kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.
Tempat pertama dimenangi oleh Marcus
Chie Wee Yian.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Wong
Zi Hen.
Tempat ketiga dimenangi oleh Tan
Jing Pei.
Sunday, 22 June 2014
SAMBUTAN HARI GURU '14
Pada 16 Mei 2014, semua warga sekolah telah menyambut Hari Guru dengan meriah. Murid-murid prasekolah turut serta menyambut Hari Guru bersama-sama dengan kelas perdana.
PERTANDINGAN PUZZLE '14
Suatu pertandingan puzzle yang berobjektif untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak telah dijalankan pada 19 Mac 2014. Diharapkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membandingbeza dan berfikir secara logikal pada akhir pertandingan ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Chong Min Xuan.
Tempat pertama dimenangi oleh Lim Jian Yi.
Tempat pertama dimenangi oleh Wong Jia Ying.
Subscribe to:
Posts (Atom)