Thursday, 28 August 2014

PERTANDINGAN MENYANYI '14


Pada 13 Ogos 2014, satu pertandingan menyanyi yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan pertandingan ini dapat membina sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.



Tempat pertama dimenangi oleh Marcus Chie Wee Yian.



Tempat kedua pula dimenangi oleh Wong Zi Hen.


 
Tempat ketiga dimenangi oleh Tan Jing Pei.
 

Sunday, 22 June 2014

SAMBUTAN HARI GURU '14

Pada 16 Mei 2014, semua warga sekolah telah menyambut Hari Guru dengan meriah. Murid-murid prasekolah turut serta menyambut Hari Guru bersama-sama dengan kelas perdana.
 

 

 
 
 
 

PERTANDINGAN PUZZLE '14

Suatu pertandingan puzzle yang berobjektif untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak telah dijalankan pada 19 Mac 2014. Diharapkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membandingbeza dan berfikir secara logikal pada akhir pertandingan ini.

 
Tempat pertama dimenangi oleh Chong Min Xuan.
 
 
Tempat pertama dimenangi oleh Lim Jian Yi.
 
Tempat pertama dimenangi oleh Wong Jia Ying.

Sunday, 16 March 2014

SENAM TARI 1 MALAYSIA '13



Persembahan Senam Tari 1 Malaysia oleh kanak-kanak prasekolah tahun 2013 pada malam kebudayaan sekolah.

Tuesday, 11 March 2014

SAMBUTAN HARI LAHIR ALIEF '14

Pada 06 Mac 2014, salah seorang ibubapa murid prasekolah iaitu Puan Norliza Binti Othman telah menyambut Hari Lahir bagi anak lelakinya yang bernama Muhammad Alief Suffian di Prasekolah SJKC Air Kuning Selatan. Suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi Alief telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
 
 







 

Lawatan Dari Klinik Pergigian Air Kuning Selatan

Klinik Pergigian Air Kuning Selatan telah melawat ke Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan pada 07  Mac 2014 . Kanak-kanak telah didedahkan tentang akibat pengambilan gula-gula yang banyak dan diajar cara-cara menggosok gigi yang betul.












SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA '14

SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 29 Januari 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan kaligrafi, pertandingan melafaz kata-kata baik sempena perayaan Tahun Baru Cina dan pertandingan mewarna. Murid-murid prasekolah turut menyertai pertandingan-pertandingan tersebut bersama-sama dengan murid-murid kelas perdana. Murid-murid prasekolah kelihatan seronok dan memberi kerjasama yang sepenuhnya ketika aktiviti-aktiviti dijalankan.