Monday, 23 September 2013

HARI SUKAN 13'

Hari Sukan SJK (C) Air Kuning Selatan telah diadakan pada 22 September 2013. Kanak-kanak prasekolah turut serta dalam sukan tersebut. Diharapkan kanak-kanak prasekolah dapat mempelajari semangat kesukanan melalui sukan tahunan ini.
 
 





 

Sunday, 22 September 2013

PERTANDINGAN PINTAR EJA PRASEKOLAH 13'

Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah menghantar dua orang wakil iaitu Lim Mun Tian dan Lau Jenn Fu ke Pertandingan Pintar Eja anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tampin pada 19 September 2013 yang bertempat di SK Sungai Kelamah.
 
 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT SEREMBAN DAN KLCC AQUARIA 13'

Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Yakult Seremban dan KLCC Aquaria pada 13 September 2013. Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah dilawat.


 
 
 

Saturday, 31 August 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 13'


SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2013. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut serta dalam program tersebut.
 


 

PERTANDINGAN MEWARNA 13'

Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 10 Julai 2013. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Lau Jenn Fu. Tempat kedua pula dimenangi oleh Low Wai Xuen dan tempat ketiga dimenangi oleh Tan Yee Yee.



Saturday, 29 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013'

Tanggal16 Mei merupakan Hari Guru Kebangsaan. SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2013. Murid-murid prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan turut serta dalam aktiviti tersebut.



 
 



PERTANDINGAN TULISAN CANTIK PRASEKOLAH 2013


Suatu pertandingan tulisan cantik yang berobjektif untuk meningkatkan penguasai kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan telah dijalankan pada 12 Jun 2013. Kanak-kanak dapat memegang alat tulis dengan cara yang betul dan menulis huruf supaya menjadi suku kata dan perkataan, menulis perkataan, rangkai kata dan ayat bermakna. Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua dimenangi oleh Tan Yee Yee. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Low Wai Xuen.