Sunday, 22 September 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT SEREMBAN DAN KLCC AQUARIA 13'

Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Yakult Seremban dan KLCC Aquaria pada 13 September 2013. Kanak-kanak prasekolah begitu gembira dan diharapkan mereka dapat meneroka pelbagai cabang ilmu melalui tempat-tempat yang telah dilawat.


 
 
 

Saturday, 31 August 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 13'


SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2013. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut serta dalam program tersebut.
 


 

PERTANDINGAN MEWARNA 13'

Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna telah dijalankan pada 10 Julai 2013. Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh Lau Jenn Fu. Tempat kedua pula dimenangi oleh Low Wai Xuen dan tempat ketiga dimenangi oleh Tan Yee Yee.



Saturday, 29 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013'

Tanggal16 Mei merupakan Hari Guru Kebangsaan. SJK (C) Air Kuning Selatan telah menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2013. Murid-murid prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan turut serta dalam aktiviti tersebut.



 
 



PERTANDINGAN TULISAN CANTIK PRASEKOLAH 2013


Suatu pertandingan tulisan cantik yang berobjektif untuk meningkatkan penguasai kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan telah dijalankan pada 12 Jun 2013. Kanak-kanak dapat memegang alat tulis dengan cara yang betul dan menulis huruf supaya menjadi suku kata dan perkataan, menulis perkataan, rangkai kata dan ayat bermakna. Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua dimenangi oleh Tan Yee Yee. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Low Wai Xuen.
 
 

Wednesday, 1 May 2013

MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2012

24 April 2013 (Rabu) merupakan Majlis Anugerah Kualiti 2012 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Seri Shaziman Bin Haji Abu Mansor DGSM, DSNS, JP Menteri Kerja Raya yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas. Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan berasa bangga dan bersyukur kerana menerima 4 anugerah iaitu anugerah Prasekolah 5 Bintang, Guru Prasekolah Cemerlang, Pembantu Pengurus Murid Cemerlang dan Prasekolah Terbilang.



 
 
 
 
 
 
 

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN PUBLIC BANK CAWANGAN GEMAS

Public Bank cawangan Gemas telah menganjurkan pertandingan mewarna di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan pada 18 April 2013 (Khamis).
 
Kanak-kanak Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan berasa gembira dan seronok di sepanjang perlaksanaan pertandingan mewarna ini.