Friday, 13 July 2012
SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Pada 10 Julai 2012, program senamrobik serentak 1 murid 1 sukan 1 Malaysia telah dijalankan di SJK (C) Air Kuning Selatan. Murid-murid prasekolah turut serta dalam program tersebut. Kanak-kanak prasekolah begitu bersemangat dan gembira di sepanjang perlaksanaan program ini.
Thursday, 12 July 2012
PERTANDINGAN MEWARNA
Suatu pertandingan mewarna yang berobjektif untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang
mewarna telah
dijalankan pada 11 Julai 2012.
Kanak-kanak dapat membina sikap berdikari dan berkeyakinan di samping
mengukuhkan lagi koordinasi mata dan tangan murid-murid prasekolah. Daya
kreatif murid-murid prasekolah dalam bidang mewarna dapat ditingkatkan selain
daripada membina minda yang cergas dan cerdas. Tempat pertama dimenangi oleh
Chan Si Ying. Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook dan tempat ketiga
dimenangi oleh Fong Zee Yen.
Saturday, 16 June 2012
SAMBUTAN HARI LAHIR
Pada 13 Jun 2012, suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga Jun telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Tuesday, 29 May 2012
SAMBUTAN HARI GURU
Tanggal16 Mei merupakan Hari Guru Kebangsaan. SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012. Murid-murid prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan turut serta dalam aktiviti tersebut.
Wednesday, 2 May 2012
CERAMAH GIGI DARI KLINIK PERGIGIAN AIR KUNING SELATAN
Suatu ceramah gigi telah dijalankan oleh Klinik
Pergigian Air Kuning Selatan pada 27 April 2012 di Prasekolah SJK (C) Air
Kuning Selatan. Kanak-kanak telah didedahkan tentang akibat pengambilan
gula-gula yang banyak dan diajar cara-cara menggosok gigi yang betul.
Tuesday, 3 April 2012
PERTANDINGAN PUZZLE
Suatu pertandingan puzzle yang berobjektif untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak telah dijalankan pada 03 April 2012.
Diharapkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membandingbeza dan berfikir secara logikal pada akhir pertandingan ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Chong Min Hui (tengah), tempat kedua dimenangi oleh Goo Zhen Yong (kanan) dan tempat ketiga dimenangi oleh Chan Si Ying (kiri).
CERAMAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Suatu ceramah tentang penyakit 'Tangan, Kaki dan Mulut' telah dijalankan oleh Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan pada 7 Mac 2012 di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Kanak-kanak telah didedahkan dengan simptom-simptom penyakit 'Tangan, Kaki dan Mulut' serta cara-cara mencegahkan penyakit tersebut. Mereka turut diajar cara mencuci tangan yang betul dan diberi ubat cacing.
Subscribe to:
Posts (Atom)








