Tuesday 26 March 2013

PERTANDINGAN PUZZLE '13

Suatu pertandingan puzzle yang berobjektif untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak telah dijalankan pada 20 Mac 2013. Diharapkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membandingbeza dan berfikir secara logikal pada akhir pertandingan ini.

 
 
Tempat pertama dimenangi oleh Joe Tan Nim Joe.
 
Tempat kedua dimenangi oleh Chong Min Xuan.
 
Tempat ketiga dimenangi oleh Lam Xin Er.
 

Monday 4 March 2013

SAMBUTAN HARI LAHIR '13

Pada 28 Februari 2013, suatu majlis sambutan Hari Lahir bagi kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac telah dijalankan dengan jayanya di prasekolah. Pihak prasekolah berbesar hati kerana Guru Besar SJK (C) Air Kuning Selatan, Puan Lee Siew Lan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.



 
 

Ceramah Gigi Dari Klinik Pergigian Air Kuning Selatan

Suatu ceramah gigi telah dijalankan oleh Klinik Pergigian Air Kuning Selatan pada 22 Februari 2013 di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan. Kanak-kanak telah didedahkan tentang akibat pengambilan gula-gula yang banyak dan diajar cara-cara menggosok gigi yang betul.