Friday 15 February 2013

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA '13


SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 07 Februari 2013. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan kaligrafi, pertandingan melafaz kata-kata baik sempena perayaan Tahun Baru Cina dan pertandingan mewarna. Murid-murid prasekolah turut menyertai pertandingan-pertandingan tersebut bersama-sama dengan murid-murid kelas perdana. Murid-murid prasekolah kelihatan seronok dan memberi kerjasama yang sepenuhnya ketika aktiviti-aktiviti dijalankan.