Thursday 30 August 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 12'

SJK (C) Air Kuning Selatan telah mengadakan suatu sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2012. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak prasekolah turut menyertai program tersebut.




 
 
 

Wednesday 8 August 2012

PERTANDINGAN MENYANYI 12'


Pada 8 Ogos 2012, satu pertandingan menyanyi yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan pertandingan ini dapat membina sikap berani dan berketrampilan di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan memberi peluang kepada murid prasekolah menggunakan bahasa secara kreatif, menarik dan ‘authentic’.

Tempat pertama dimenangi oleh Lam Xin Yee.



Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Zong Fook.

Tempat ketiga dimenangi oleh Chong Min Hui.

Wednesday 1 August 2012

PERTANDINGAN KIRA CEPAT 12'


Pada 1 Ogos 2012, satu pertandingan kira cepat yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir telah dijalankan di Prasekolah SJK (C) Air Kuning Selatan.  Diharapkan kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik, menyusun nombor mengikut urutan, mengetahui konsep dan nilai nombor 1-50 serta menguasai operasi tambah dan tolak melalui pertandingan ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Chan Si Ying. Tempat kedua pula dimenangi oleh Lim Mun Tian sementara tempat ketiga dimenangi oleh Lim Zong Fook.